BERITA SEKOLAH MEI 2011

1. Sekolah ganti pada 5 Mei 2011 ( Jadual Khamis).
2. Cuti hari Wesak 17 Mei 2011 ( Selasa )
3. Sambutan Hari Guru 2011 ( 16 Mei 2011) . Semua murid hadir
sesi pagi. Masa 7.40 sehingga 12.30 tengah hari.
4. Cuti sekolah 28/5 - 12/6/2011. Semua murid diminta
mengemaskini buku dan membuat ulang kaji sepanjang cutio
persekolahan.
5. Jadual buka belakang seperti berikut:
Isnin, Selasa dan Khamis :6.30-7.30, 11.11.30, 1.00-1.30,
6.20-720
Rabu :
Jumaat

CUTI SEKOLAH

Murid-murid rasa seronok kerana cuti sekolah telah bermula. Cuti tidak bermakna jika tidak diisi dengan sebarang aktiviti yang berfaedah. Orang yang ada wawasan akan memandang jauh ke hadapan untuk mencapai kejayaan. Bagi mereka yang tidak berfikiran positif mereka akan habiskan masa dengan aktiviti yang tidak berfaedah.
Bagi murid yang akan mengambil peperiksaan pada tahun ini, gunakanlah peluang yang ada untuk melangkapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan banyakkan mengulangkaji, berbincang dan menghafal fakta penting. Seperti manaka yang kita tahu bahawa umur kita terbatas. oleh itu rebutlah 5 perkara sebelum datang 5 perkara, iaitu;
1. Sihat sebelum sakit
2. Muda sebelum tua
3. Lapang sebelum sempit
4. Kaya sebelum miskin
5. Hidup sebelum mati.
Demikian renungan untuk anda semua.

--penulis.

INFLUENZA

Influenza atau flu adalah penyakit berjangkit disebabkan oleh virus influenza. Terdapat 3 jenis virus influenza iaitu A, B dan C. Kitiga-tiga ini boleh menjangkiti manusia. Virus influebza A adalah yang paling berbahaya kerana boleh menjangkiti haiwan dan manusia.Ia juga boleh menyebabkan perubahan genetik dan menghasilkan virus baru yang lebih merbahaya. Ini akan mencetuskan kejadian epedemik dan pendamik influenza.

Virus influenza tersebar melalui titisan cecair darti mulut dan hidung ketika bercakap, bersin atau batuk. Virus ini seterusnya masuk ke dalam badan melalui saluran pernafazan.

Di antara tanda influenza dan demam selsema ialah;
1. Deman
2. Letih lesu
3. Sakit otot/sakit sendi
4. Batuk
5. Hidung berair/hingus
6. Bersin
7. Sakik tekak
8. Sakit kepala
9. dan lain-lain

Jika ada simptom di atas hendaklah mendapatkan rawatan dan pemeriksaan pakar perubatan.

Saturday, May 30, 2009

HARI GURU 2009

Hari guru peringjat sekolah telah diadakan pada 27 Mei 2009. Guru-guru telah membuat persembahan untuk menghiburkan hati semua warga SKCJ. Lihatlah persembahannya...

No comments:

Post a Comment